Selamat Datang

Sejarah

Mahkamah Syariah Era Kesultanan Melayu

Di zaman Kesulatanan Melayu, keadilan telah di laksanakan di Mahmakah Syariah dengan di adakan Rayuan Sultan. Keadaan ini kekal sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah. Undang-undang Islam telah dilaksanakan di dalam semua bidang yang meliputi Undang-undang Keluarga, Jenayah, Undang-undang Tanah dan Mal. Bermula daripada Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 hinggalah kepada penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, suatu ketetapan telah disepakati secara bersama bahawa segala perkara berhubung Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Melayu hendaklah berada di bawah bidangkuasa Raja Melayu. Undang-undang Sembilan Puluh Sembilan yang telah diamalkan sehingga ke tahun 1900 tidak dapat dipastikan dengan tepat tarikh permulaan kuatkuasa undang-undang tersebut. Adalah dipercayai undang-undang itu telah mula dilaksanakan semenjak pemerintahan al-Marhum Sultan Idris Murshidul A’azam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar iaitu pada tahun 1887 hingga 1916. Undang-undang Perak atau juga dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak kerana mengandungi 99 perkara undang-undang dalam pelbagai aspek.

Antara perkara yang terkandung dalam Undang-undang 99 Perak ialah:-

• Tugas serta tanggungjawab pemerintah : merangkumi peranan seorang Raja atau Sultan atau Yang Di-Pertuan Agung dalam sektor pemerintahan serta para-para pembesar yang menjadi tulang belakang dalam tampuk pemerintahan.
• Peraturan Adat Istiadat : sebagai contoh Adat menghadap Raja, Adat perlantikan Raja, Adat Berbahasa semasa berada dalam istana dan sebagainya.
• Perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah : contohnya; mencedera, membunuh, mencuri dan sebagainya.
• Perkara-perkara yang berkaitan dengan hal kekeluargaan : contohnya; perkahwinan, penceraian, pemahagian harta dan sebagainya.

Mahkamah Syariah Era Penjajahan British

Balai Syara'
Pada tahun 1900 satu undang-undang yang dinamakan undang-undang Pentadbiran Perkahwinan Orang-Orang Islam Bab 197 Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah diperkenalkan dan dikuatkuasakan. Berikutan itu, sebuah bangunan telah didirikan di kawasan Pejabat Kadi Wilayah Kuala Kangsar untuk dijadikan sebuah ibu pejabat.

Pentadbiran Islam yang dinamakan sebagai Balai Syara’. Di Balai Syara’ ditempatkan seorang Kadi Besar, yang mengetuai beberapa orang Kadi Wilayah. Wilayah Kadi pada masa itu ialah Tanjung Malim, Tapah, Teluk Intan, Batu Gajah, Sitiawan, Simpang Lima, Kuala Kangsar, Selama, Lenggong, Gerik, Pengkalan Hulu dan Parit. Pada masa itu di kalangan Orang-orang Melayu perkataan Kadi Besar kurang diketahui umum kerana panggilan “Chief Kadi” lebih popular. Orang yang mula-mula memegang jawatan Kadi Besar dalam Negeri Perak ialah Tuan Habib Abdullah.

Bidangkuasa Mahkamah Syariah Era British

Bidangkuasa mahkamah pada ketika itu adalah mengenai pendaftaran perkahwinan, cerai dan ruju’ serat melaksanakan hukuman terhadap kesalahan melanggar enakmen ini serta pembetulan sijil nikah dan ruju’. Inilah kaili pertama perkahwinan, perceraian dan ruju’ tersebut didaftarkan dan disijilkan mengikut Schedule Pendaftaran dan Perceraian. Dengan wujudnya enakmen bab 198 undang-undang islam (muhammad laws) 20/1904 yang memperuntukan kesalahan-kesalahan tertentu bagi orang-orang islam.

Mahkamah syariah mempunyai bidangkuasa jenayah membicarakan kes-kes tidak hadir sembahyang jumaat, memujuk atau menggoda anak gadis, membawa lari anak gadis, zina, sumbang, bersekedudukan selepas cerai talak tiga, pertunangan enggan berkahwin, mengajar tanpa tailiah, menjual makanan yang dimasak pada bulan ramadhan, mencetak bahan-bahan yang berkaitan islam tanpa kebenaran bertulis dari sultan dan berbuka puasa di bulan ramadhan di khalayak awam.

Bidangkuasa jenayah yang diberikan hanyalah setakat penjara tidak melebihi setahun atau denda tidak melebihi lima ratus ringgit. Kesalahan yang paling berat ialah kesalahan zina di mana lelaki boleh dipenjara setahun dan boleh didenda dua ratus lima puluh ringgit manakala perempuan boleh dipenjara selama enam bulan.

Bidangkuasa berkenaaan telah diperluaskan dan diperkemaskan dengan berkuatkuasanya enakmen kesalahan syara’ no.5 tahun 1939. Di antaranya memperuntukan kuasa kepada setiausaha jawatankuasa pengajaran al-quran mengeluarkan notis memaksa kehadiran kanak-kanak yang berumur antara 7 hingga 14 tahun mempelajari al-quran, mereka yang melanggari notis boleh didenda tidak melebihi lima ringgit.

Bidangkuasa jenayah telah ditingkatkan kepada penjara tidak melebihi lima tahun. Kes yang paling berat seperti kesalahan sumbang iaitu bersetubuh dengan mahram bagi lelaki dan perempuan boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun.

Hal Ehwal Agama Perak

Tanggal 21 januari 1948 Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Aziz Al-Mu’tasim Billah Shah Ibni Al-marhum Raja Muda Musa menandatangani suatu perjanjian dengan Sir Gerard Edward James Gent merupakan pesuruhjaya Tinggi British/Gabenor Jeneral Malayan Union yang mewakili Kerajaan British. Perjanjian yang dinamakan sebagai Perjanjian Negeri Perak 1948 tersebut telah membawa kepada pembentukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Setelah kemangkatan baginda Sultan Abdul Aziz Al-Mu’tasim Billah Shah pada 29 Mac 1948, takhta kerajaan Negeri Perak diwarisi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yussuf Izzudin Shah Ghafarullahulah Ibni Al-Marhum Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Al-Mukhataram Karamatullah Shah. Pada masa pemerintahan Baginda Sultan Yussuf Izzudin Shah inilah, maka kerajaan negeri secara rasmi menubuhkan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak pada 1 Muharram 1369 Hijrah Bersamaan 23 Oktober 1949.

Maka dengan penubuhan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak, Pentadbiran Balai Syara’ dan Komuniti Quran Perak ini yang berada di Kuala Kangsar telah disatukan di bawah Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak dipindahkan ke Ipoh.

Pejabat rasmi yang pertama terletak di tempat letak kereta Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak dan kini menjadi sebuah bangunan yang tidak digunakan selepas Majlis Keselamatan Negara berpindah ke bangunan lain.
Tapak Bangunan Majlis Keselamatan Negara
Kemudian berpindah ke sebuah banglo yang kemudiannya kini menjadi Pejabat Daerah dan Tanah Kinta.
Pejabat Daerah dan Tanah Kinta
Setelah itu Kerajaan Negeri Perak telah membina bangunan Khas untuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perak di Jalan Kelab iaitu tapak quarters yang musnah dibom tentera Jepun yang sekarang ini terletak Wisma Wan Mohamad yang juga dikenali dengan nama “Bangunan Cermin”.
Bangunan Wisma Wan Muhammad
Apabila Balai Syara’ telah dipindahkan pentadbirannya ke Ipoh dan menjadi Jabatan Hal Ehwal Agama Perak, maka Mahkamah Syariah diletakkan dalam Unit Kehakiman atau Unit Mahkamah dalam Pentadbiran Undang-undang Syariah yang diketuai oleh Sahibul Fadhilah Kadi Besar

Bidangkuasa Mahkamah Syariah Pra Kemerdekaan

Undang-undang Pentadbiran Agama Islam 1965 berkuatkuasa mulai 1 Mei 1966. Struktur Mahkamah Syariah Perak telah disusun semula dengan penubuhan mahkamah yang baru mengikut bidang kuasa tertentu. Mahkamah-Mahkamah Kadi ditubuhkan di 16 wilayah iaitu Slim River, Tapah, Teluk Intan, Batu Gajah, Parit, Ipoh, Manjung, Kuala Kangsar, Lenggong, Gerik, Pengkalan Hulu, Taiping, Selama, Bagan Serai dan Parit Buntar.

Ditubuhkan Mahkamah Kadi Besar yang berbidangkuasa dalam Negeri Perak serta Jawatankuasa Ulang Bicara yang mendengar kes-kes rayuan daripada Mahkamah Kadi Besar dan Mahkamah Kadi. Jawatankuasa Ulang Bicara adalah terdiri daripada tiga orang ahli, salah seorang daripadanya hendaklah Mufti dan seorang pengerusi tetap yang ada pengalaman dalam Hal Ehwal Mahkamah dan mendapat tauliah daripada DYMM Sultan dan seorang lagi dipilih daripada kumpulan seramai tujuh orang sekurang-kurangnya.

Enakmen ini juga menjelaskan Kadi, Kadi Besar dan Ahli Jawatankuasa hendaklah dilantik oleh Yang Maha Mulia Sultan. Bidangkuasa Kadi atau Kadi Besar tidak dijelas didalam mana-mana enakmen. Maka Mahkamah Kadi atau Kadi Besar adalah mempunyai bidangkuasa yang sama. Oleh itu, panggilan nama Mahkamah Kadi atau Kadi Besar lebih popular dengan nama Mahkamah Kadi berbanding Mahkamah Syariah

Mahkamah Syariah Perak yang diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk) ditubuhkan berdasarkan Seksyen 42(1) (2) (3), Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak Tahun 1992. Penubuhannya mula berkuatkuasa pada 1 Jun 1994 mengikut Warta Kerajaan Negeri Perak Jilid 40 Nombor 8 yang bertarikh 11 April 1996. Sejak ditubuhkan hingga 30 April 1995 Jabatan kehakiman syariah perak ditadbir bersama dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
Jabatan Agama Islam Perak
Mulai 1 Mei 1995 Mahkamah Syariah telah dipisahkan daripada pengurusan Jabatan Agama Islam Perak dan mempunyai pentadbirannya sendiri. Jabatan ini diketuai oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie selaku ketua Hakim-hakim Syarie dan Ketua Jabatan Kehakiman Syariah Perak. Di bawah pentadbirannya terdapat 2 orang Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, seorang Ketua Pendaftar, 9 orang Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan sejumlah kakitangan sokongan. Pada ketika itu Mahkamah masih dibangunan Jabatan Agama.

Pada Tahun 1999 Mahkamah Syariah telah berpindah tempat dari Jabatan Agama Islam ke Bangunan Tabung Haji, Ipoh Perak. Dengan berkuatkuasanya Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Perak 1992 mulai 30 Mac 1995, telah memberi ruang kepada Mahkamah Syariah wujud berasingan dan berpisah pentadbirannya daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam. Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk mendengar, membicara dan membuat apa-apa keputusan didalam kes-kes Jenayah dan kes Mal.

Bangunan Tabung Haji Ipoh

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak

Pada tahun 2006 Mahkamah Syariah telah berpindah ke bangunan baru. Bangunan ini di bina di Jalan Taman Pari, Off Jalan Tun Abdul Razak, Ipoh. Bangunan Mahkamah Syariah Perak ini mempunyai 5 aras. Namun begitu, ketinggian bangunan ini menyamai bangunan biasa 12 tingkat. Ini disebabkan oleh pembinaan Dewan Perbicaraan yang memerlukan ruang dan ketinggian yang telah ditetapkan. Bangunan ini adalah berteraskan kepada Istana Kuning Kuala Kangsar. Ia boleh dilihat melalui bumbung dan rabung bangunan ini. Turut diterapkan di dalam pembinaan bangunan ini ialah gaya Melayu Perak yang boleh dilihat pada seni reka bentuk bangunan ini. Malah ia menjadi suatu identiti yang jelas iaitu semangat dan budaya Melayu Islam Perak.

Aras 5 menempatkan Dewan Mahkamah Rayuan Syariah, Kamar Ketua Hakim Syarie, Kamar Panel-panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, kamar Ketua Pendaftar, Pejabat Mahkamah Rayuan Syariah dan Mahkamah Tinggi Syariah Perak. Aras 4 Bangunan ini menempatkan dua Dewan Perbicaraan Mahkamah Tinggi Syariah, 2 Kamar Hakim Mahkamah Tinggi, 2 buah Bilik Sulh, Bilik Peguam dan Bilik Saksi Lelaki dan Perempuan.

Aras 3 menempatkan bilik gerakan utama, bahagian Pentadbiran, Kewangan dan Pembangunan serta bahagian Teknologi Maklumat Jabatan. Terdapat juga bilik Pelayan Utama (Main Server), Bilik Seminar dan Bilik Penyediaan Jamuan. Aras 2 bangunan ini adalah sama dengan aras 4, Cuma di aras ini ianya khusus bagi kegunaan dan fungsi Mahkamah rendah Syariah Ipoh.

Di Aras 1 terdapat bahagian Pentadbiran Mahkamah Rendah Syariah Ipoh,surau lelaki dan perempuan yang dilengkapi dengan tempat berwudhuk. Bangunan Mahkamah Syariah ini dilengkapi dengan 4 buah lif iaitu 2 lif untuk kegunaan awam, 1 lif khas untuk membawa masuk dan keluar tertuduh atau pesalah serta 1 lif khas untuk Hakim-hakim. Setiap aras bangunan ini disediakan kemudahan infrastruktur yang sepatutnya termasuklah tandas dan seumpamanya.

Di aras G terdapat Bilik Pengarah SBSK, Bilik Penolong Pengarah SBSK, Bilik SBSK & Seksyen Rekod, Kantin, Bilik Tetamu, Bilik Pemandu, Bahagian Khidmat pelanggan, Bilik Polis dan Bilik Jamuan. Manakala di aras bawah merupakan tempat letak kereta para hakim, pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Jabatan Kehakiman Syariah Perak.

Bangunan Mahkamah ini juga mempunyai kemudahan Dewan Seminar yang mampu memuatkan 300 hingga 350 peserta dalam satu-satu masa. Dewan ini dibina bersebelahan dengan bangunan utama bangunan Mahkamah Syariah. Dewan ini dilengkapi dengan sistem alat pandang dengar dan pentas serta amat sesuai untuk majlis-majlis rasmi atau separa rasmi.
Jabatan Kehakiman Syariah Perak

1 comment:

  1. TESTIMONY ON HOW I GOT MY LOAN AMOUNT FROM A RELIABLE AND TRUSTED LOAN COMPANY LAST WEEK. Email for immediate response drbenjaminfinance@gmail.com

    Hello everyone, My name is Mrs. Carolin Glowski, I'm from Europe, am here to testify of how i got my loan from BENJAMIN LOAN FINANCE after i applied Two times from various loan lenders who claimed to be lenders right here this forum, i thought their lending where real and i applied but they never gave me loan until a friend of mine introduce me to {Dr. Benjamin Scarlet Owen} the C.E.O of BENJAMIN LOAN FINANCE who promised to help me with a loan of my desire and he really did as he promised without any form of delay, I never thought there are still reliable loan lenders until i met {Dr. Benjamin Scarlet Owen} who really helped me with my loan and changed my life for the better. I don't know if you are in need of an urgent loan also, So feel free to contact Dr. Benjamin Scarlet Owen on his email address drbenjaminfinance@gmail.com

    ReplyDelete