Selamat Datang

Wednesday, May 20, 2015

KONVENSYEN NASIONAL UNDANG-UNDANG SYARIAH (KONUS) 2015



JEMPUTAN KE KONVENSYEN NASIONAL UNDANG-UNDANG SYARIAH (KONUS)
2015 ANJURAN BERSAMA JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI PERAK (JAIPk) DAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA


Kepada semua Pembantu Pendaftar (Gred LS 17) di Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk) adalah di jemput hadir ke Majlis Konvensyen Nasional Undang- Undang Syariah (KONUS) jadual adalah seperti di berikut:

Tarikh             :           21 Mei 2015 (Khamis)

Masa             :           08.00 pagi  – 5.00 petang  

Tempat         :           Dewan saidina Abu Bakar INTIM


Sekian Terima Kasih.


 

Monday, May 18, 2015

PERTANDINGAN MENCIPTA TEMA HARI INOVASI PERKHIDMATAN AWAM 2015



Penyertaan Pertandingan mencipta Tema Hari Inovasi ini adalah terbuka kepada semua pegawai dan anggota Perkhidmatan Awam yang berkhidmat di Negeri
Perak Darul Ridzuan.

Bagi mendapat maklumat lanjut sila layari http://www.perak.gov.my


Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2015 (Selasa ) jam 12.00 tengahari

Proses mendapatkan Surat Cerai selepas kes Selesai di Mahkamah Syariah



Dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertanggungjawab dalam mengeluarkan Surat  Perakuan Cerai kepada semua pasangan yang telah sahkan bercerai oleh mana-mana Mahkamah Syariah di dalam Negeri Perak.

Bagi mendapatkan surat cerai dari pihak JAIPk pasangan perlu membawa

1. SURAT PERAKUAN NIKAH / SURAT PERAKUAN PERSEKEDUDUKAN SEMULA (RUJU’) yang ASAL  


2. WANG BAYARAN FI SEBANYAK  RM 15.00 BAGI TUJUAN PROSES.


ke alamat berikut:

Bahagian Pembangunan Keluarga,
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)
Tingkat 2, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak


Proses menyediakan Surat Perakuan Cerai akan disiapkan dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja dari tarikh penyerahan dokumen tersebut. Sekian Terima Kasih